Admin

ADMIN
ZOMBA Ceciterr,,ceciterr **blues untuk aku**
Semenjak kau hadir dalam hidupku, Tiada lagi keresahan, Kau mengetuk pintu hatiku , Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia, Hingga aku terasa indah, Maaf jikaku tidak sempurna, Tika bahagia mula menjelma, Bila keyakinan datang merasa, Kasih disalut dengan kejujuran, Mencintai dirimu, Merindui dirimu, Memiliki dirimu, Hingga akhir hayat bersama kamu, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia, Hingga aku terasa indah…. (lyrics form : Yang Terindah-DAKMIE)


Search This Blog

Monday 8 August 2011

50 Pintu Kebaikan Di Bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan untuk menggandakan pahala setiap amalan kita. Setiap perkara fardhu yang kita lakukan akan digandakan sehingga 70 kali gandaan. Perkara sunat pula mendapat ganjaran sebagaimana ganjaran perkara fardhu.

Di bawah merupakan 50 pintu kebaikan yang boleh kita laksanakan semasa bulan Ramadhan:-
1- Ikhlas dalam setiap perbuatan
2- Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya
3- Berdoa ketika melihat anak bulan
4- Qiam semasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
5- Mendirikan qiam semasa malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan
6- Bersungguh-sungguh beribadah dalam 10 malam terakhir
7- Iktikaf di masjid
8- Memberi makanan pada orang yang berbuka
9- Membaca Al-Quran
10-Banyakkan berzikir mengingati Allah
11-Lazimi istighfar
12-Mengambil wudu’ dan mengekalkannya
13-Solat sunat 2 rakaat selepas berwuduk (solat sunat wuduk)
14-Doa selepas azan
15-Berdoa antara azan dan iqamah (doa yg tidak tertolak)
16-Menjaga solat subuh dan Solat Asar
17-Membaca Surah Al-Kahfi paada hari Jumaat
18-Menjaga solat jemaah 5 waktu di masjid
19-Iltizam dengan saf pertama di masjid
20-Berterusan menunaikan Solat Dhuha setiap hari
21-Menjaga solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu)
22-Menunaikan solat sunat di rumah
23-Berusaha membiasakan anak-anak kita yang kecil dalam melazimi solat (ajarlah solat ketika mereka 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka 10 tahun jika tidak mahu solat)
24-Menjaga solat sunat terawih
25-Mensegerakan berbuka bila azan bergema
26-Berdoa sebelum waktu iftar
27-Berdoa ketika berbuka
28-Menunaikan zakat fitrah
29-Infaq di atas jalan Allah
30-Menghilangkan gangguan/halangan di atas jalan (kayu,batu besar dll yang menghalang laluan)
31-Berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati mereka
32-Berbuat baik kepada anak yatim
33-Membantu menyelesaikan hajat orang lain
34-Ziarah saudara, sahabat dan rakan2
35-Ziarah orang sakit
36-Menyambung kembali silaturrahim jika terputus
37-Bergembira dengan kegembiraan saudara semuslim
38-Membetulkan kesalahan orang lain
39-Lemah lembut dengan manusia
40-Duduk dengan orang yang soleh dan baik
41-Menjaga lisan dan kemaluan
42-Banyakkan bertahlil(Lailahaillah) dan bertasbih (subhanallah)
43-Banyakkan berselawat ke atas Nabi
44-Bersedaqah jariah
45-Bantu orang muslimin
46-Menjalin silaturrahim dengan kawan ibubapa kita dan berbuat baik kepada mereka
47-Berbuat baik pada jiran
48-Mendoakan untuk ibu bapa
49-Mendoakan saudara semuslim tanpa pengetahuannya
50-Berdoa untuk kaum muslimin dan meminta pengampunan untuk mereka

**p/s: Semoga Keberkatan Sentiasa diRahmati, aminnn :)

No comments:

Post a Comment